Monday, 16 December 2013

Keselamatan semasa pengembaraan

Kat sini aku nak share gambar rajah yang aku selalu rujuk setiap kali sebelum aku mulakan perjalanan aku. Bukan apa takut nanti ada yang tertinggal aku ni memang pelupa. Tidak kira perjalanan dalam atau luar negara. Teliti dan amalkan demi kejayaan trip anda.


Penginapan

Untuk penginapan pula, aku seperti biasa akan cari menggunakan beberapa application yang aku dah install dalam phone. Antara application yang aku kerap gunakan adalah :


agoda.com

booking.com

hostelbookers.com

Aku jugak akan bukak website ni untuk tengok kalo2 ada pakej2 menarik yang ditawarkan. Aku akan compare harga setiap hotel sebelum membuat pembayaran. Harus diingatkan, korang perlu meneliti setiap review dan komen dari pelawat lain yang dah pernah tinggal di hotel tu. Dari situ korang akan dapat gambaran kasar keadaan sebenar hotel tu. Selain itu, korang akan dapat jugak information mengenai public transport yang ada di sekitar hotel tu. Untuk terms and conditions pulak korang kene baca dan fahamkan betul2. As usual la, nak cari harga yang terendah kene banyak keje skit. Pernah sekali aku bandingkan harga untuk 3 malam dengan 4 malam. Result dia, kalo ambil 4 malam harga dia lebih murah, eeemmmmm betul2 wow aku rasa.... so try la. Lepas pilih, book dan bayar jangan lupa untuk print detail dan booking summary. Pastikan ada booking reference number bagi memudahkan urusan check in nanti. Sesetengah hotel reception dia tak fasih berbahasa Inggeris, jadi untuk memudahkan urusan kita dan pihak hotel, lebih baik kita print dan tunjukkan slip tu masa nak check in nanti. 

Kat sini aku jugak nak kongsikan cara untuk membayar bila dah guna application ni. Mungkin perkara ni remeh bagi sesetengah orang. Tapi masih ramai juga kekawan aku yang tanya macamana nak bayar bila dah book hotel. Mudah bagi sesiapa yang ada kad kredit. Bagi yang tidak mempunyai kad credit seperti aku ni, hanya perlu klik butang paypal @ Maybank2u, masukkan detail kad debit kita macam no kad dan nombor sekuriti kad debit kita. Lepas tu dia akan deduct dari kad debit kita terus.

Air tix

Kebanyakan kawan2 aku lebih suka mengira naik turun harga emas, ada juga yang lebih suka mengumpul harta, tidak ketinggalan jugak kawan2 yang lebih suka berniaga. Bagi aku pula, aku lebih suka menilai turun naik harga tambang tiket kapal terbang. Boleh dikatakan setiap pagi, benda pertama yang akan aku cari adalah tiket kapal terbang. Tidak kisah kemana destinasi, yang pasti mata aku takkan puas kalau tak cari tiket kapal terbang. Kat sini aku nak share beberapa tip-tip yang aku selalu amalkan bagi mendapatkan tiket kapal terbang yang munasabah dan berbaloi-baloi. Untuk pengetahuan korang, tip ni jugak aku banyak dapatkan dari kekawan seperjuangan aku. Thanks a lot pada yang membantu!!. Antara tip-tip nya adalah seperti berikut :

1. Search time 12.00 malam, 2.00 pagi dan 7.00 pagi
2. Searching hari untuk depart pilih hari Rabu atau Sabtu sebab kebiasaannya hari tu flight murah
3. Install search enjine untuk application mobile atau komputer
    contohnya :


skyscanner

expedia

KAYAK

cheapOair

klik disini

Home made stove

Berikut merupakan video yang ingin aku share dengan kekawan cara untuk membuat dapur masakan buatan tangan sendiri menggunakan bahan kitar semula. Aku search kaedah ni bagi memudahkan aku untuk membawa stove yang ringan, kecil dan paling penting menjimatkan. Dapur masakan ini boleh digunakan semasa mengembara dengan kapal terbang.  Antara bahan yang digunakan adalah :

1. Tin coke yang telah dikitar semula
2. Pisau
3. Hanger besi
4. Pin kecil
5. Kertas pasir
6. Alcohol

http://www.youtube.com/watch?v=I2p9bnOGmSk

Sunday, 15 December 2013

Permulaan Pengembaraan


Mencari ketenangan dengan membawa diri ke negara orang adalah perkara yang amat disukai kebanyakan orang. Selain dapat menikmati pemandangan, banyak juga perkara dan ragam manusia yang tidak pernah aku lihat di negara sendiri dapat dilihat di negara orang. Sebagai contoh perbezaan teknologi,  undang-undang, cara pemakaian, cara hidup, budaya dan keunikan senibina




Bali




Tirta Empul Temple, Bali
Huhu masih ramai jugak antara kekawan aku yg cakap 'wah banyaknya duit' sebab aku gi sana. gi sini, bagi aku xde maknanya banyak duit. Aku just buat trip2 mengembara persendirian yang bajet. Al maklum la kita bukan dari kalangan org kaya2. So wajib la sedar diri. Minat aku ni mula sejak kecil lagi sebab dulu2 mak ngan ayah aku slalu bawa tour gi Mountain climbing. So dari situ la minat aku utk gi travel semakin membuak-buak...

Floating Market, Songkhla, Thailand
Phra Nang Beach
Blog ni aku buat untuk memberi semangat kat kekawan yang baru berjinak-jinak untuk mengembara secara backpack. Aku jugak suke nak share info mengembara bajet sebab aku selalu teringat masa memula aku nak start travel backpack ni, Ya ALLAH susahnya kalo takde rujuk kat blog-blog yang macam ni. Contohnya cara nak dapatkan tiket flight yang murah, cara nak dapatkan hotel murah, pengangkutan, makanan dan pelbagai lagi info yang boleh aku share based on my experience.


Monkey Beach, Phuket

Paya Island, Langkawi
Kat sini aku nak share beberapa tip-tip mengembara secara backpack. Contohnya makanan yang boleh dibawa, peralatan masakan buatan sendiri, pakaian dan antara gadget-gadget yang harus ada ketika pengembaraan. Senarai tip-tip ada di atas sila klik untuk baca dan lihat video.